Monday, May 11, 2009

Cadangan Penubuhan Dana Keahlian 606

Objektif Cadangan:

1. Dana yang terkumpul adalah untuk program-program yang bersifat 'ad-hoc' dan program tahunan ahli 606.

2. Dana yang terkumpul adalah untuk program-program yang berkaitan pemasaran perniagaan Uptrend2u atau yang bersangkutan dengannya dengan tujuan utama untuk memberi faedah kepada ahli 606 sahaja.

3. Dana yang terkumpul adalah untuk kebajikan kecemasan ahli 606 sahaja.

4. Dana yang terkumpul adalah untuk aktiviti kemasyarakatan dan tanggungjawab sosial Team606.

5. Dana yang terkumpul bertujuan untuk melicinkan sebarang gerak-kerja yang akan memberi faedah perniagaan kepada ahli 606.

6. Ahli yang mencarum boleh menikmati faedah-faedah keahlian yang difikirkan perlu oleh komiti 606.



Peraturan-peraturan:

1. Ahli 606 automatik adalah ahli Uptrend2u (Uptrend Network Sdn Bhd).

2. Pembatalan keahlian daripada Uptrend2u secara automatik adalah pembatalan keahlian 606.

3. Caruman dana keahlian hanya berdasarkan SUKARELA sahaja.

4. Ahli 606 masih dikira sah sebagai ahli walaupun tidak membuat caruman dana keahlian.

5. Dana keahlian adalah berjumlah RM10 sebulan.

6. Pembayaran tidak boleh dibuat melalui pindahan 'credit point' (CP).

7. Bagi mana-mana ahli yang tidak membuat caruman dana keahlian, ahli tersebut tidak dibenarkan menyertai mana-mana aktiviti/program yang menggunakan dana keahlian ini.

8. Jika ahli yang tidak membuat caruman dana keahlian, tetapi masih mahu menyertai mana-mana aktiviti/program, ahli tersebut hendaklah membuat caruman penuh dikira bermula dari caruman terakhirnya sehingga pada tarikh caruman terkini.

9. Penggunaan dana keahlian untuk apa-apa aktiviti/program adalah tertakluk dibawah kelulusan majoriti komiti ahli 606 yang dilantik.
10. Mana-mana ahli yang mencarum di dalam dana keahlian dan kemudiannya berhenti daripada menjadi ahli Uptrend2u tidak boleh menuntut semula jumlah wang carumannya daripada dana keahlian tersebut.
11. Kutipan dana keahlian hanya boleh dibuat apabila seseorang itu telah menjadi ahli Uptrend2u.
12. Dana keahlian ini tidak boleh sama sekali digunakan sebagai pinjaman oleh mana-mana ahli yang mencarum.

No comments:

Post a Comment